“Saya nak balik dulu.”
“Siap semuanya?”
“Ya.”
Aku gerak ke pintu. Oman Al-Fateh mengekori aku dari belakang. Dia ambil sampul dari dalam laci meja konsul dan berikan pada aku.
“Upah untuk hari ini dan menu untuk Ramadan nanti.”
“Terima kasih.”
Aku ambil dan letakkan dalam beg.
“Saya nampak awak cekap di dapoq.”
Ha...
Baru ada akai...
“Nampaknya saya dah silap menilai awak. Saya minta maaf.”
Dahi aku berkerut. “Maksud awak?”
“Yalah, saya sepatutnya percayakan cef. Cef bawa orang yang betui untuk gantikan dia.”
“Oh... Ya-ya.”
Cuak aku...
Aku ingatkan aku dah kantoi ke apa.
“Saya tak daklah pandai masak lagu Cef Azizah. Tapi, saya bukan jenih yang pandai cakap tapi tak pandai buat. Saya ni war... Wanita. Kenalah pandai masak!”
Aku baru nak tercakap wartawan kebenaran...
Nasib baik sempat kona!
“Kalau lagu tu, esok saya nak awak masak untuk 50 orang. Masak nasi tomato dan ayam masak merah. Buat sekali dengan jelatah timun.”
Aku menelan ayaq liur. “Hah?”
“Awat? Tak boleh?”
“Eh, boleh. Awat pula tak boleh!”
“Kata pandai cakap, pandai juga buat kan... Saya nak 50 pax untuk saya sedekahkan ke rumah anak-anak yatim sempena Ramadan ni nanti. Senaraikan bahan-bahan yang awak mahukan dan saya akan sediakan bahan-bahannya esok.”
Haih...
Baguihlah Saloma SMK Ibrahim tak muncul.
Kalau dak...
Dia mati tegak macam Saloma Che Tom ni!
Aku campak telefon.
Muka aje handsome tapi... Perangai hodoh!
50 orang?
Aduh...
Untuk 5 orang pun aku tak pernah nak masak, macam mana aku nak masak untuk 50 orang ni?
Nak tak nak terpaksalah...
Aku mesej Mak Cik Azizah.
Tapi baru nak cari nomboq dia...
Ada mesej lain masuk.
Cif – Esok, hang pi cover cerita Oman Al-Fateh. Dia jemput kita pi makan-makan. Dia nak buat sumbangan di rumah anak-anak yatim.
Mampuih!!!
#lamaranramadan